fbpx

Letupan gudang: Pekan Mundok bertukar lengang, sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN selepas insiden letupan di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.

RANTAU PANJANG – Pekan Mundok, Selatan Thailand yang sebelum ini meriah dengan pelbagai kegiatan perniagaan bertukar sunyi selepas sebuah kilang bunga api dan mercun meletup sehingga menyebabkan 10 penduduk terkorban dalam kejadian petang kelmarin.

Seorang penduduk di Pekan Mundok yang hanya mahu dikenali sebagai Rahimah, 50, berkata, keadaan di kawasan itu lengang apabila peniaga tidak menjalankan perniagaan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di rumahnya tidak jauh dari kilang bunga api dan mercun tersebut sebelum terdengar letupan yang sangat kuat.

“Letupan itu mengakibatkan rumah saya bergegar. Saya terdengar jeritan orang ramai yang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila api sudah marak dari kawasan kilang berkenaan.

“Beberapa rumah berdekatan kilang bunga api dan mercun itu musnah dan ada penduduk yang terkorban kerana tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Rahimah memberitahu, dia bersyukur kerana rumahnya berada jauh dari lokasi kejadian.
Katanya, difahamkan kilang berkenaan yang menempatkan pelbagai barangan termasuk mercun sudah lama beroperasi di kawasan terbabit.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Daud, 45, berkata, dia pada awalnya beranggapan ada letupan bom di kawasan Pekan Mundok kerana gegaran yang berlaku amat kuat.

Katanya, ketika itu dia sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai sebelum terdengar letupan yang kuat menggegarkan rumah dan bangunan yang terletak berhampiran.

“Penduduk kampung memaklumkan, kilang dan stor yang menyimpan mercun telah meletup dan terbakar.

“Rumah saya terletak jauh dari kilang itu. Sekiranya ia dekat, sudah tentu ramai ahli keluarga saya cedera, mungkin juga terkorban,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI