fbpx

KL City belasah TRW tanpa kelibat Bojan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES (kiri) berjaya mencipta hatrik ketika membantu skuad KL City membelasah pasukan Kelantan 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

KEBANGKITAN luar biasa dipamerkan ketika menewaskan Kelantan FC 5-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin menyerlahkan kualiti sebenar dan kematangan pemain yang dimiliki Kuala Lumpur City FC (KL City).

Walaupun kali ini tanpa kehadiran Bojan Hodak di garisan teknikal tepi padang, pengendali sementara KL City, Miroslav Kuljanac menjelaskan, anak-anak buahnya tahu cara terbaik untuk menafikan kejutan The Red Warriors (TRW).

“Pada permulaan perlawanan kami tidak begitu bagus dan saya tidak gembira dengan situasi berkenaan. Kami bolos awal dan jaringan itu jelas mengejutkan pemain.

“Saya mahu pemain ambil tanggungjawab dan kami ada banyak peluang untuk menja­ringkan gol, namun keputusan 5-1 sudah cukup baik. Orang kata Kelantan tidak begitu kuat, namun saya gembira dengan keputusan dan paling penting pemain juga gembira,” katanya.

Leonardo Rolon memastikan permulaan baik buat Kelantan, namun Zhafri Yahya jadi pencetus kepada kebangkitan KL City apabila meledak gol penyamaan.

Seterusnya, Romel Morales mula mengganas apabila mencipta hatrik diikuti satu lagi gol daripada J. Partiban.

“Romel ada kemahiran teknikal dan saya gembira dia berada di sini. Dia patutnya mampu mendapatkan lebih banyak gol, namun saya tetap puas apabila dia cipta hatrik, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI