fbpx

JAIS siasat Fahmi Fadzil berucap di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa keping gambar yang tular mengenai dakwaan Fahmi berucap di sebuah masjid di Rawang.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, siasatan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima aduan berkaitan perkara tersebut.

“JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara gambar tular mendakwa Fahmi berucap di sebuah masjid di Rawang.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil JAIS kepada mana-mana pihak yang melanggar
titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Justeru, JAIS mengingatkan kepada semua calon dan parti yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam dan kawasan masjid dan surau bagi mengelakkan sebarang pelakuan yang boleh membawa kepada perbuatan melanggar titah Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan bahawa beliau telah berkempen di sebuah masjid di Kuang, dekat sini semalam.

Sebaliknya kata Fahmi, dia hanya singgah untuk solat zuhur sahaja di masjid itu kerana ia paling dekat dengan lokasi program seterusnya sebelum dijemput oleh kariah masjid hanya untuk mengulas sedikit isu kumpulan The 1975 dan tidak menyentuh isu lain.

Sebelum itu, tular beberapa keping gambar berhubung tindakan Fahmi sebagai ahli politik yang dikatakan berucap di masjid tanpa sebarang tauliah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI