fbpx

HSNZ dipuji orang awam, beri perkhidmatan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Linda di Facebook.

PETALING JAYA – Warga Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dipuji orang awam atas perkhidmatan yang disifatkan terbaik.

Linda Nordin menerusi kumpulan Kuala Terengganu Residen di Facebook berkata, dia terharu dengan layanan terbaik jururawat dan doktor yang bukan sahaja merawat ayahnya, malah turut memberi semangat di saat mereka sekeluarga hampir putus harapan.

“Tujuan saya post di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih, buat seluruh warga HSNZ, terutama sekali untuk wad Unit Rawatan Rapi (ICU) 1, kerana telah merawat dan menjaga ayah saya sebaik mungkin semasa ditidurkan selama tujuh hari.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, ayah saya dah sedar dan kembali pulih seperti sediakala. Terima kasih sekali lagi daripada kami sekeluarga. Semoga Allah saja dapat membalasnya,” katanya.

Sementara itu orang ramai menyifatkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital jarang dibuat secara umum dan ia merupakan satu tindakan yang baik.

“Satu dalam seribu yang tulis penghargaan dan berterima kasih macam ni. Semoga ayah kembali sembuh seperti sediakala dan sihat selalu,” ujar Aliaa Amirah.

Alhamdulillah, terbaik #hospitalsultanahnurzahirah. Semoga staf terus sukses walaupun rata-rata staf burnout kerja, tapi masih memberikan perkhidmatan terbaik,” puji Roziyana.

“Terima kasih kerana mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital,” tulis Shakimah Harun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI