fbpx

Hazard sudah bersedia ‘gantung but’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD sedang mempertimbangkan pilihan untuk bersara apabila masih belum menerima tawaran daripada kelab-kelab Eropah selepas meninggalkan Real. - AFP

MADRID – Bekas pemain antarabangsa Belgium, Edin Hazard sedang mempertimbangkan pilihan untuk bersara selepas meninggalkan Real Madrid selain menolak tawaran untuk beraksi di Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat.

Selepas berhijrah dari Chelsea pada 2019 dengan rekod perpindahan kelab, Hazard tiba di Santiago Bernebeu dengan jangkaan tinggi bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo yang menyertai Juventus.

Bagaimanapun, kesukaran untuk mencapai tahap kecergasan terbaik menyebabkan peranannya bersama pasukan itu terhakis musim demi musim sehinggakan di sekadar menjadi pemanas bangku simpanan sahaja.

Ketika pemain berusia 32 itu bergelut dengan prestasi, beberapa pemain muda dari Brazil berjaya mempamerkan aksi terbaik dan berjaya merampas posisi pemain sayap kanan daripada Hazard.

Selepas empat musim yang mengecewakan, Real dan Hazard mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak selepas berakhirnya musim lalu iaitu semusim lebih awal berbanding kontrak yang ditandatanganinya.

Biarpun berdepan prestasi terumbang-ambing, Hazard diburu oleh Inter Miami yang mahu membawa masuk lebih ramai pemain bintang selepas Lionel Messi, namun dia lebih berminat untuk mempertimbangkan persaraan dari dunia bola sepak.

Bagaimanapun, Hazard mungkin akan berubah fikiran sekiranya menerima tawaran daripada kelab Eropah, namun sehingga kini tidak ada sebarang diterima oleh pihaknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI