fbpx

Empat lelaki ditahan miliki dadah lebih RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (tiga kanan) menunjukkan methamphetamine seberat 72.5kg bernilai RM2,537,290 yang dirampas dalam serbuan berasingan di Ipoh pada Khamis lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Polis menahan empat lelaki dan merampas dadah methamphetamine seberat 72.5 kilogram (kg) bernilai RM2,537,290 dalam serbuan berasingan di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan pertama ke atas lelaki berusia 25 dan 36 tahun itu dijalankan di kawasan Klebang Tropika pada pukul 5 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam sebuah kereta telah menjumpai bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 72,494 gram.

“Susulan tangkapan itu, kita telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Rapat dan menahan dua lagi lelaki berusia 30 dan 40. Hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua lelaki itu mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Berdasarkan semakan, kesemua suspek didapati memiliki rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, kumpulan itu mulai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal Mei lalu di mana dadah yang dirampas disyaki diedarkan untuk pasaran tempatan.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan dua buah kereta, sebuah motosikal, seutas rantai dan sepasang subang berwarna kuning keemasan dengan nilai sitaan berjumlah RM74,267.

“Empat suspek yang dua daripada tidak bekerja manakala seorang pemandu lori dan pengawal keselamatan direman tujuh hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI