fbpx

Dua anggota polis disiasat, kes OKT lolos daripada tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis disiasat kerana disyaki cuai menyebabkan Orang Kena Tahan (OKT) warga Myanmar meloloskan diri dari kenderaan polis di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandar susur masuk ke Lebuh Raya Duta- Ulu Kelang (Duke), di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku ketika OKT dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju setelah selesai daripada permohonan reman di Lokap Berpusat, di sini.

Menurutnya, OKT yang mempunyai kepakaran sendiri membuka gari kemudiannya terjun dari lori polis kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

“Kejadian meloloskan diri tersebut mengambil masa kira-kira setengah jam kerana jarak perjalanan tidak jauh.

“Walau bagaimanapun, OKT berjaya ditahan pada pukul 9.20 malam pada hari yang sama di Masjid Medan Idaman Setapak. Dua anggota polis akan disiasat kerana disyaki cuai.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan in akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, dua lagi rakan OKT yang terlibat dalam samun di sekitar Kuala Lumpur juga masih sedang dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI