fbpx

Buruh Indonesia disyaki tikam mati rakan sekerja, berebut papan lapis direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki membunuh rakan sekerjanya di sebuah tapak pembinaan di Sri Astana, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang buruh binaan warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki Bangladesh dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Sri Astana, di sini pada petang semalam.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Khairatul Animah Jelani dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, suspek dan rakan sekerjanya itu bergaduh dipercayai kerana berebut papan lapis untuk menyiapkan kerja masing-masing.

Suspek dikatakan berang selepas dipukul oleh mangsa terlebih dahulu menyebabkan dia mengambil sebilah parang lalu menikam perut mangsa. Mangsa yang mengalami kecederaan parah maut di lokasi kejadian sebelum suspek bertindak melarikan diri

Suspek berjaya ditahan di Bedong, dekat sini kira-kira pukul 8 malam tadi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI