fbpx

Anak Melaka diberi kuota khas kerja di Petronas Sungai Udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Aleef pada Sidang DUN Melaka, hari ini.

MELAKA – Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Sungai Udang dekat sini menyediakan kuota peluang pekerjaan sebanyak 30 peratus khusus bagi anak jati Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, syarikat berkenaan menawarkan kontrak pekerjaan kepada golongan anak muda khususnya dalam teknologi kimpalan dan perpaipan.

“Peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam industri ini banyak diberikan dalam bidang teknologi kimpalan dan perpaipan.

“Kemahiran tinggi dan separa tinggi juga ditawarkan untuk memastikan kebolehpasaran anak-anak lepasan TVET ini untuk dapatkan pekerjaan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) pada pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI