fbpx

42 peratus graduan dapat kerja tidak sepadan, gaji bawah RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar berucap pada Program Eksplorasi Karier Peringkat Kebangsaan di SMK Batu Laut di Kuala Langat hari ini. Foto oleh IQBAL RUSLI/ KOSMO!

KUALA LANGAT- Hampir separuh daripada graduan yang memohon penempatan melalui sistem MYFutureJobs dilaporkan menerima pekerjaan tidak sepadan dengan bidang dikehendaki mereka.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, golongan itu juga didapati bekerja dalam bidang pekerjaan separa mahir dan rendah selain hanya menerima gaji bulanan kurang RM2,000.

“Jika dilihat statistik setakat 14 Julai lalu, jumlah ini merekodkan 42 peratus atau seramai 15,460 daripada keseluruhan penempatan MYFutureJobs,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Eksplorasi Karier Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Laut di sini hari ini.

Program itu hasil inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Yayasan Pintar dengan pihak Kementerian Pendidikan yang melibatkan buat permulaan sebanyak 11 buah SMK.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, program jelajah kerjaya itu dirangka khusus untuk menangani isu ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan graduan yang sering kali berlaku.

“Saya berharap angka ini akan dapat dikurangkan lagi kerana kerajaan tidak mahu ada graduan dapat kerja yang tidak setaraf pula dengan kelayakan pengajian mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI