fbpx

157,381 saman dikeluarkan dalam Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 157,381 saman dikeluarkan dalam Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur yang berlangsung sejak 1 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, jumlah saman atau notis keseluruhan daripada agensi sahabat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar pula adalah sebanyak 902 helai.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut ia menjadikan jumlah saman dikeluarkan sepanjang operasi yang diadakan sehingga kelmarin adalah sebanyak 158,283 helai saman.

“Kesalahan yang menyumbang jumlah saman tertinggi adalah kesalahan halangan lalu lintas iaitu sebanyak 128,871 diikuti dengan halangan bagi laluan pejalan kaki sebanyak 4,979 helai saman.

“Sebanyak 4,732 helai saman dikeluarkan untuk kesalahan tiada lesen kenderaan bagi warga tempatan manakala bagi kesalahan yang sama kategori warga asing pula adalah 339 saman.

“Jumlah sitaan kenderaan adalah 200 buah manakala sebanyak 1,405 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, bagi kesalahan nombor pendaftaran kabur atau ‘fancy’, sebanyak 931 saman dikeluarkan diikuti dengan 338 saman bagi kesalahan berhenti di petak kuning.

Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, pihaknya berharap operasi yang diadakan julung kali pada waktu puncak itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, pihaknya perlu mengkaji semula dari sudut pelaksanaan dan kemapanan usaha tersebut.

“Ikutkan hati ingin teruskan lagi operasi sebegini sebab daripada enam lokasi, kes kemalangan dan kemalangan maut telah dikurangkan. Seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sepanjang sebulan ni ‘zero accident’.

“Cabarannya kerana ada dua kelompok berbeza di mana satu kelompok mahu peraturan dipatuhi manakala satu lagi menganggap kami ini bersifat dendam dan hanya ingin cari kesalahan sahaja.

“Harapan saya agar, timbul kembali rasa hormat dalam kalangan masyarakat terhadap undang-undang dan kepada kami sebagai penguatkuasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI