fbpx

1,150 pegawai perubatan kontrak ditempatkan di seluruh negara mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan ditempatkan di beberapa fasiliti perubatan di seluruh negara bermula esok.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada seramai 675 pegawai perubatan kontrak yang sudah ditempatkan di seluruh negara pada bulan ini.

Menurutnya, penempatan baharu itu dilakukan bagi mengisi kekosongan di fasiliti berkaitan termasuk di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan perpindahan pegawai perubatan ke negeri.

“Memang akan ada sedikit pengurangan jumlah doktor di HKL kerana kita telah pindahkan mereka, namun kekosongn itu akan segera diisi.

“Kita akan pastikan bahawa perkhidmatan kesihatan seluruh negara tidak akan terjejas. Keperluan pegawai perubatan sedang diagihkan mengikut keperluan bagi setiap fasiliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI