fbpx

105 saman dikeluarkan babit ubah suai motosikal, ekzos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang diperiksa dalam Operasi Cegah Kemalangan Jalan Raya dan Jenayah di Jalan Taman Putra, Ampang, Kelmarin.

AMPANG JAYA – Sebanyak 105 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Cegah Kemalangan Jalan Raya dan Jenayah di Jalan Taman Putra, di sini, Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam itu turut menyita 12 buah motosikal serta sebuah kereta.

Katanya, operasi tersebut dijalankan bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya selain melakukan pencegahan aktiviti jenayah.

“Hasil daripada operasi dijalankan, sebanyak 12 buah motosikal dan sebuah kereta ditahan dan dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya untuk proses dokumentasi dan panggil pemilik.

“Kesemua kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dalam operasi berkenaan juga, sebanyak 105 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu yang sah dan kesalahan nombor pendaftaran.

“Turut dikesan ubah suai struktur kenderaan seperti ekzos, tidak patuh pada tunjuk arah, brek tidak berfungsi dengan baik dan juga kesalahan-kesalahan lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Azam menasihatkan agar pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.

“Jadilah pengguna jalan raya yang patuh pada undang-undang. Utamakan keselamatan dan sayangi nyawa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI