fbpx

Syed Muhammad Imran, Papagomo tidak wakili Najib – Yana Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (kiri) dan Yana (kanan).

PETALING JAYA – “Datuk Seri Najib Tun Razak ingin tegaskan bahawa Syed Muhammad Imran dan Papagomo tidak mewakili, mahupun penyokong-penyokong DSN (Najib).”

Demikian tegas Nooryana Najwa atau dikenali sebagai Yana, anak kepada bekas perdana menteri itu menerusi media sosial miliknya, hari ini.

Mesej tersebut menurutnya, telah diterima daripada Najib, pagi tadi.

Dalam masa sama Yana menjelaskan, Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz juga tidak diarahkan oleh Najib untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendiriannya.

Tambahan katanya, sudah hampir setahun Najib berada di penjara.

“Tidak adil jika Syed Muhammad Imran dan mana-mana individu lain untuk tunggang atau mempergunakan nama DSN.

“Telah banyak ujian dan cabaran yang telah DSN lalui. DSN tahu menilai mana satu kawan, yang mana satu lawan,” tegasnya.

Jelas Yana, pendirian rasmi Najib hanya sah sekiranya ia dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik beliau, menerusi mesej kepada peguamnya sahaja.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Syed Muhammad Imran, berkata, penyokong ‘Bossku’ mengesahkan akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, selain menegaskan telah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya lagi, sebagai ahli UMNO mereka telah hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid kerana menjadikan parti itu sebagai milik individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI