fbpx

Sri Pahang bernasib baik untuk atasi Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRI Pahang terpaksa berpuas hati dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. - FB Perak FC

KUANTAN – Tuah jelas berpihak kepada Sri Pahang untuk memastikan tiga mata selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Ia menjadi reaksi positif daripada Tok Gajah yang dipalit kekalahan 4-0 kepada Sabah, 15 Julai lalu dan kini menyamai pungutan 37 mata dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Walaupun tuan rumah lebih mendominasi permainan di babak pertama, pertahanan Perak wajar dipuji kerana tampil lebih bersedia dan berdislin hingga memaksa gerakan Sri Pahang tertumpu di bahagian tepi untuk melakukan hantaran lintang.

Bersambung babak kedua, Perak tampil lebih berani untuk menyaingi Sri Pahang dan minit ke-52, pelawat hampir memperoleh jaringan pendahuluan namun sepakan percuma Luciano Guaycochea sekadar singgah di palang gol.

Selang tiga minit selepas itu, penyokong Tok Gajah akhirnya ceria apabila rembatan Kpah Sherman yang terbias pertahanan lawan terus menerjah jaring.

Sekalipun The Bos Gaurus menunjukkan reaksi balas positif, baki kira-kira 35 minit nyata tidak mencukupi untuk merelakan tiga mata jadi milik Sri Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI