fbpx

Russia hapuskan hutang negara-negara Afrika lebih RM100 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTIN berjabat tangan dengan Presiden Cameroon, Raul Biya di St. Petersburg, Russia kelmarin. -- AFP

MOSCOW, Russia – Kerajaan Russia melupuskan hutang negara-negara Afrika berjumlah lebih AS$20 bilion (RM91.07 bilion), kata Presiden Vladimir Putin kelmarin ketika berucap pada sesi pleno Forum Russia-Afrika di bandar St. Petersburg, lapor portal berita RT.

Putin berkata, Moscow juga akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk membantu pembangunan benua tersebut.

“Jumlah hutang negara-negara Afrika yang dilupuskan mence­cah AS$23 bilion (RM104.73 bilion), manakala AS$90 juta (RM409.81 juta) lagi akan diperuntukkan bagi tujuan sama,” kata Putin, merujuk kepada sejarah hubungan perdagangan dan kewangan antara Moscow dan Afrika.

Pada Khamis lalu, beliau berkata, Russia akan membekalkan bijirin percuma kepada negara-negara yang berdepan krisis makanan di benua ber­kenaan.

Burkina Faso, Zimbabwe, Mali, Somalia, Republik Afrika Tengah dan Eritrea masing-masing akan menerima antara 25,000 hingga 50,000 tan bijirin, manakala Moscow akan turut menanggung kos penghantaran.

Pada Mac lalu, Putin yang menekankan tentang pertumbuhan perdagangan bersama antara Russia dan negara-negara Afrika berkata, hubungan bersama tersebut boleh membuka peluang tambahan ke arah penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA).

Dilancarkan pada 2021, AfCFTA dijangka merangkumi pasaran Afrika dengan jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih AS$3 tri­lion (RM13.6 trilion), menjadikannya antara peneraju dunia multipolar.

Russia menyokongmewujudkan hubungan dengan AfCFTA melalui Ke­satuan Ekonomi Eurasia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI