fbpx

PRN: 74 kempen, ceramah diluluskan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Polis Selangor telah meluluskan 74 permit kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) telah diadakan di seluruh Selangor, setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil pemantauan turut mendapati tiada sebarang pengesanan kempen atau ceramah tanpa permit setakat ini.

Katanya, tiada laporan polis diterima berkaitan sebarang kekecohan atau provokasi sepanjang tempoh PRN sehingga kini.

“Hasil pemantauan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak 40 ceramah dan 30 kempen diadakan dengan permit yang sah.

“Polis menasihatkan kepada calon yang bertanding dan masyarakat sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang PRN ke-15 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar mengelakkan daripada menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) dan membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan insiden tidak diingini sekaligus mengugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Kosmo! semalam melaporkan polis mengingatkan kempen dan ceramah yang ingin diadakan perlu membuat
permohonan daripada Ketua Polis Daerah di tempat masing-masing mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Malah, polis memberi jaminan bahawa mereka yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI