fbpx

Pengantin, tetamu rai perkahwinan dengan aksi terjun udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu berkahwin di tebing tersebut. - Bol News

NEW DELHI – Sepasang pengantin baharu menjadi tular di laman media sosial selepas melakukan aksi terjun udara bersama tetamu majlis perkahwinan dari tebing yang tinggi, lapor stesen penyiaran NDTV.

Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @lalibretamorada. 

Pasangan yang dikenali sebagai Priscilla Ant dan Filippo LeQuerce itu melangsungkan perkahwinan di tepi tebing sebuah gunung sebelum meneruskan aktiviti tersebut.

Kesemua tetamu majlis perkahwinan itu turut memakai peralatan keselamatan yang sesuai sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Wah, mereka membuatkan saya ingin mencubanya dan semuanya kelihatan hebat,” komen seorang netizen.

“Saya berasa takut melihat video ini. Ia menguji adrenalin saya. Sangat asli,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI