fbpx

Oman bimbang prestasi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU MALAYA diundi bersama Oman dalam Kumpulan D pada aksi kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November depan.

KECEMERLANGAN yang dipamerkan oleh skuad Harimau Malaya sejak tahun lalu menghadirkan rasa ‘gerun’ kepada negara Oman menjelang aksi kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, November depan.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan pasukan antara Taiwan atau Timor Leste pada majlis undian yang berlangsung di Ibu Pejabat AFC, Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Pengarah teknikal Oman, Waleed Al Noumani mengakui Malaysia tidak boleh dipandang enteng selain dianggap mampu menjadi ‘pengacau’ dalam usaha negaranya untuk mara ke pusingan kelayakan ketiga nanti.

Kata Al Noumani, kualiti yang ada pada pasukan Malaysia sejak dibimbing oleh pengendali import Korea Selatan, Kim Pan-gon agak berbeza selain menunjukkan peningkatan mendadak.

“Harimau Malaya ketika ini sudah berbeza berbanding yang lepas. Meskipun kita pernah bertemu mereka sebelum ini, tapi kami lihat mereka sudah terapkan falsafah bola sepak baharu.

“Justeru, saingan aksi kelayakan kedua nanti boleh dianggap terbuka kerana semua pasukan memiliki peluang seimbang.

“Kekuatan mereka sudah pasti menerusi bimbingan Pan-gon dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui.

Oman yang kini menduduki ranking ke-73 dunia pernah bertemu Malaysia tiga kali dalam aksi persahabatan antarabangsa dengan mencatatkan semua kemenangan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 2015 sewaktu Harimau Malaya dibimbing Datuk Dollah Salleh dengan kekalahan 0-6 di Muscat.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 selain meraih tiket automatik ke saingan Piala Asia 2027.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI