fbpx

Nurul Nadia ‘buang’ anak lelaki dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Rahanim (kanan) bersama Abdul Hannan (tengah) ketika ditemui di Kampung Parit Bachok, Jalan Parit Ismail, Benut semalam.

PONTIAN – Seorang wanita tergamak ‘membuang’ anaknya untuk dijaga orang lain tanpa meninggalkan wang atau sebarang dokumen hingga menyukarkan urusan pada masa depan kanak-kanak itu.

Menceritakan kejadian itu, Siti Rahanim Jaimon, 54, berkata, dia menjaga Abdul Hannan Abdul Rahim, 4, selepas diserahkan oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya pada 2019 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Anak itu diserahkan sehari selepas dilahirkan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang oleh wanita itu yang dikenali sebagai Nurul Nadia Abd. Rahman, 23.

“Saya bertemunya yang ketika itu sedang sarat mengandung secara tak sengaja di Perhentian Bas Bandar Simpang Renggam dan dia menawarkan saya bayi itu. Saya terkejut kerana saya tak kenal dia tetapi pada masa sama simpati,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Bachok, Benut di sini.

Menurut Siti Rahanim, Nurul Nadia berjanji hendak ­menghubunginya, namun sehingga sekarang masih gagal dikesan.

Tambahnya, dia menghadapi masalah untuk menjadikan Abdul Hannan sebagai anak angkat, pendaftaran sekolah, permohonan Mykid dan lain-lain kerana tidak mempunyai surat pengesahan daripada ibu kandung.

“Saya sudah tak sihat dan menyerahkan Abdul Hannan kepada anak saya kerana dia masih belum dikurniakan cahaya mata sejak berkahwin tujuh tahun lalu,” katanya.

Sehubungan itu, dia mera­yu kepada sesiapa yang me­ngenali Nurul Nadia supaya ­menghubunginya di talian 012-764 8737 atau 017-383 8324 atau menyerahkan dokumen berkaitan kepadanya di alamat No 264-B, Kampung Parit Bachok, Jalan Parit Ismail, Benut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI