fbpx

Lebih 50 murid SK Cyberjaya didakwa keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA- Lebih 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini dikatakan mengalami masalah keracunan selepas menjamah makanan di kantin sekolah pada minggu lalu.

Waris salah seorang murid dikenali sebagai Rahman berkata, anaknya mengalami simptom muntah sewaktu sesi pembelajaran selepas waktu rehat.

Katanya, anaknya berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke sekolah sebelum dimaklumkan guru untuk dirujuk ke fasiliti kesihatan.

“Saya membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri demam, namun setelah ujian darah dilakukan, tiada tanda-tanda demam.

“Bagaimanapun, daripada simptom dialaminya, doktor mengesahkan anak saya keracunan makanan,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Mengulas lanjut, jelas lelaki itu, setelah dua hari diberikan cuti rehat, anaknya dibenarkan kembali ke  sekolah semula pada Khamis lalu.

Namun, katanya, anaknya sekali lagi mengalami muntah-muntah selepas memakan nasi lemak dan ayam goreng di kantin.

“Pada hari tersebut, lebih 50 murid mengalami simptom sama seperti sakit perut, muntah dan sakit kepala setelah makan di kantin sekolah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Kosmo! masih mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI