fbpx

Kesedaran latihan keselamatan majikan masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (dua dari kiri) berbual dengan peserta yang mengikuti kursus anjuran Niosh di pejabat Niosh Wilayah Utara, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kesedaran dalam kalangan majikan untuk menghantar pekerja ke pusat latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan (KKP), masih rendah di negara ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kementerian melalui Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mempertingkatkan operasi termasuk membuka pejabat baharu, di sini sejak April lepas.

“Tahap kesedaran itu masih rendah lagi sebab itu saya kata ini tak semestinya dibuat oleh majikan-majikan yang beroperasi di sektor-sektor bahaya seperti di sektor pembinaan.

“Tetapi ia terbuka kepada semua sektor kurang termasuk kurang bahaya tetapi isu berkaitan keselamatan dan kesihatan ini penting.

“Jadi saya menyeru kepada majikan-majikan supayaberi perhatian kepada perkara ini,“ katanya, selepas merasmikan Pejabat Niosh Wilayah Utara Alor Setar di Souq Albukhary, di sini hari ini.

Menurutnya, kemahiran pekerja berkaitan KKP penting demi keselamatan masing-masing bukan sahaja di sektor berisiko seperti pembinaan dan carigali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI