fbpx

100 kg syabu dalam bungkusan serbuk pencuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilain RM3.36 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar Rabu lalu. IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Lebih 100 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar Rabu lalu.

Dalam rampasan kira-kira pukul 5 petang itu, semua dadah berkenaan disembunyikan dalam bungkusan serbuk pencuci.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, rampasan terbabit adalah hasil maklumat risikan sebelum membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor.

“Kontena berkenaan mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena itu, pasukan serbuan menemui sembilan kotak disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas sembilan kotak itu telah menemui sejumlah dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 101.951 kilogram dan dianggarkan bernilai RM3,364,383,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan, Sepanggar hari ini.

Mengulas lanjut, Zazuli berkata, semua syabu yang ditemui dibungkus menggunakan pembungkus serbuk pencuci.

“Tiada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera iaitu di sebuah kondominium di Likas,” katanya.

Zazuli berkata, rampasan tersebut adalah yang terbesar di Sabah pada tahun ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pasaran dadah berkenaan, Zazuli berkata, semua dadah itu dari Pelabuhan Klang dan alamat terakhir di sebuah kondominium di Likas dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI