fbpx

Kapal MV Tung Sung berjaya diterbalikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau berjaya diterbalikkan semula, hari ini

KUCHING – Kapal MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau, berjaya diterbalikkan semula hari ini selepas empat hari kerja itu dilaksanakan bagi mencari empat lagi krunya yang masih hilang.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, berkata, kapal itu telah ditarik ke lokasi baharu iaitu sekitar lapan batu nautika barat laut dari Sebuyau untuk distabilkan sepenuhnya.

Justeru, katanya operasi mencari empat lagi kru kapal itu yang disyaki terperangkap di dalamnya akan dijalankan esok.

“Pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan mengetuai operasi pencarian di atas kapal berkenaan.

“Pangkalan hadapan CARILAMAT di Jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sebuyau juga akan dibuka pukul 8 pagi esok dan jika ada penemuan mayat akan dibawa ke Jeti LSS Sebuyau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kapal MV Tung Sung yang membawa lapan kru dilaporkan terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau pada 20 Julai lalu ketika membawa muatan batu kerikil dari Kuching ke Sarikei.

Kesemua kru terbabit terdiri daripada tiga warga Malaysia, seorang warga Indonesia dan empat warga Myanmar yang berusia 20 hingga 52 tahun.

Setakat ini, mayat empat daripada kru terbabit berjaya dijumpai manakala empat lagi masih hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI