KUCHING – Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum sebatang pokok di Jalan Sultan Tengah, di sini hari ini.
Kemlaangan itu berlaku pada pukul 6 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, kedua-dua mangsa berusia 39 dan 48 tahun yang meninggal dunia dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Pasir Pandak menghala ke Santubong.
“Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE