fbpx

Batuk berdarah lebih 2 minggu bukan santau, tapi mungkin tibi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gejala penyakit tibi yang dimuat naik oleh Public Health Malaysia di Facebook.

PETALING JAYA – Individu yang sering mempunyai gejala seperti disihir atau disantau seperti batuk berdarah lebih dua minggu berkemungkinan mempunyai penyakit tibi.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, banyak kes yang lewat mendapat rawatan tibi kerana sangka mereka telah disihir atau disantau.

Ujarnya, gejala tibi semangnya sama dengan gejala santau kerana individu akan batuk teruk sehingga berdarah.

“Waktu siang mungkin sihat seperti biasa, tetapi gejala demam mula muncul selepas maghrib. Berat badan akan turun sedara mendadak dan selera makan juga tiada.

“Jika anda batuk lebih 2 minggu atau ada gejala seperti di santau dapatkan pemeriksaan,” katanya.

Kongsinya lagi, antara gejala tibi adalah batuk berdarah, hilang selera makan dan berpeluh malam.

“Gejala lain juga adalah demam selepas maghrib dan badan susut mendadak,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata jumlah kematian akibat penyakit tibi di negara ini pada tahun 2022 adalah sebanyak 2,572 kes dengan kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk.

Jumlah itu meningkat sebanyak 284 kematian (12 peratus), berbanding 2,288 kematian dengan kadar kematian 6.9 setiap 100,000 penduduk pada tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI