fbpx

Alami komplikasi, Faye Kusairi timang anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAYE KUSAIRI selamat melahirkan anak ketiga semalam di sebuah pusat perubatan ibu negara. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di ibu negara, semalam.

Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu memaklumkan bayi perempuannya dilahirkan secara pembedahan berikutan beberapa komplikasi.

“Alhamdulillah, semalam saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel dan sihat.

“Saya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan disebabkan penurunan degupan jantung bayi dan komplikasi lain.

“Bagaimanapun semuanya berjalan lancar pada akhirnya,” tulisnya pada hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram.

Dalam perkongsian tersebut Faye turut memuat naik paparan perincian kelahiran puterinya yang dilahirkan dengan berat 2.46 kilogram.

Menurut aktres asal Sarawak itu, selepas fasa melahirkan, paling utama kini adalah penjagaan kesihatan diri serta permata hatinya.

Dia turut menzahirkan permohonan maaf kepada rakan yang menghantar mesej, namun belum sempat dibalas satu persatu.

Terdahulu, rumahtangga pelakon Istikharah Cinta dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017 itu lebih dulu diserikan dua cahayamata.

Ketika menunggu hari melahirkan anak kedua sekitar Disember 2020, Faye diserang Bell’s Palsy iaitu kelumpuhan pada otot ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.

Keadaan kesihatan yang merudum mengakibatkannya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan selain persediaan melahirkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI