fbpx

Wanita tebus janji tamatkan pengajian selepas lebih 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman sosial wanita tersebut.

PETALING JAYA – Setelah impian untuk menyambung pelajaran tertangguh gara-gara cinta, seorang wanita akhirnya berjaya menamatkan pengajian sekali gus mengotakan janji kepada arwah bapa.

Perkara ini dikongsi Nor Suhaini, 34 yang baru sahaja menerima segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia di akaun TikTok miliknya.

Jelasnya, cita-cita untuk menyambung pelajaran dahulu tidak kesampaian kerana sibuk mengejar cinta sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan anak.

“Saya sangat menyesal dengan perbuatan saya dan ayah saya sangat kecewa. Saya lebih memilih untuk berkahwin daripada mengejar cita-cita,” katanya.

Namun begitu, ikatan perkahwinannya hanya kekal selama empat tahun dan hasrat untuk menyambung belajar kembali selepas dia bergelar ibu tunggal serta menghadapi kesusahan dalam hidup.

“Saya bertungkus lumus bekerja untuk menyara anak saya dan pada tahun 2017 saya telah membuat keputusan untuk menyambung belajar. Saya juga ingin menunaikan janji saya kepada arwah ayah saya.

“Saya mulakan semula apa yang tidak sempat saya habiskan. Saya menyesal tapi saya tidak pernah berputus asa,” ujarnya.

Setakat ini video perkongsiannya di TikTok meraih 60,900 tontotan, 3929 tanda suka dan 207 perkongsian.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kedah itu berkata dia pernah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti di Semenanjung pada tahun 2007 namun dia menolak atas alasan tidak mahu berjauhan dari keluarga.

Nor Suhaini yang sedang dalam perancangan untuk menyambung pengajian sarjana berkata kehidupannya sekarang jauh lebih baik daripada dulu.

“Alhamdulillah juga sekarang saya sudah ada pasangan yang memahami dan sanggup menemani saya dan sokong apa sahaja yang saya buat. Terima kasih buat semua yang memberikan semangat,” tambahnya. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI