fbpx

Varian Covid-19 Indonesia paling banyak bermutasi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Virus Delta Covid-19 mempunyai 113 mutasi unik berbanding varian lain di dunia. – MailOnline

LONDON  – Varian Covid-19 di Indonesia mungkin merupakan versi virus paling banyak bermutasi yang pernah direkodkan, kata saintis-saintis seperti dilaporkan portal berita MailOnline semalam.

Versi varian Delta yang kerap berubah itu dikumpulkan daripada sebilangan pesakit Covid-19 di Jakarta dan didapati mempunyai 113 mutasi unik.

Sebanyak 30 perubahan itu didapati menjejaskan ‘protein spike’  yang digunakan oleh koronavirus untuk melekat pada manusia, manakala sebagai perbandingan, varian Omicron mempunyai 50 mutasi.

Saintis-saintis menganggap varian baharu Covid-19 yang tidak dinamakan itu sebagai paling ekstrem pernah mereka lihat.

Setakat ini,  tiada bukti ia akan mencetuskan wabak baharu, namun sekiranya penularan  berlaku, pakar-pakar berkata, jangkitannya tidak akan menyebabkan dunia berada di bawah perintah berkurung sekali lagi.

Virus baharu itu diserahkan kepada pangkalan data genomik Covid-19 global awal bulan ini dan dipercayai berasal daripada kes jangkitan kronik.

Jangkitan kronik berlaku apabila pesakit tidak dapat mengatasi virus Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu, sebaliknya mengalami jangkitan berpanjangan yang bertahan selama berbulan-bulan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI