SEREMBAN – Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak melihat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai satu lalu mudah sebaliknya perlu bekerja lebih kuat bagi mempertahankan kerusi tersebut.
DUN Rantau menyaksikan perlawanan satu lawan satu yang disaingi calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan.
Justeru, Mohamad menjelaskan, beliau tidak memandang remeh saingan daripada pihak lawan namun, perlu bekerja lebih keras.
“Kita menghormati walaupun satu lawan satu pada kali ini. Kita tidak perlu memandang remeh saingan daripada pihak lawan kerana itu saya katakan saya perlu bekerja kuat.
“Saya tidak mungkin dapat pergi ke semua tempat untuk menyantuni atau berjumpa dengan setiap pengundi. Jadi, jentera akan bergerak melalui bilik gerakan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)
di cawangan untuk mereka bergerak dan berkempen bagi pihak parti,” katanya.
Mohamad menjelaskan lagi, beliau berharap pengundi tidak harus terpedaya bahawa dakwaan keputusan PRN akan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kepada pengundi yang terpedaya menyatakan keputusan di DUN sekiranya berpihak kepada parti lain maka, kerajaan pusat juga akan jatuh kerana dengan telah dikuatkuasakan undang2 Anti lompat parti tidak ada sesiapa Ahli Parlimen yang boleh keluar daripada menyokong pihak yang lain tanpa kebenaran tanpa direstui oleh parti.
“Ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri,” katanya.
Dalam pada itu, Rozmal berkata, segala kemungkinan keputusan boleh berlaku walaupun beliau adalah calon ‘under dog’.
“Dalam Pilihan Raya segala kemungkinan boleh berlaku dia sebagai ‘heavyweight’ dan saya ‘Under dog’ bila kita ‘Under dog’ tiada tekanan dan kita bebas untuk merancang apa-apa tekanan kita berkempen semua.
“Peluang itu ada bergantung keoada jentera dan bergantung kepada pengundi kalau kita dapat yakin kan pengundi seramai 50 lebih peratus, Insha Allah peluang itu ada,” katanya.
Berdasarkan rekod, Mohamad merupakan penyandang Dun Rantau sejak 2004 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2018.
Pada PRU14, Mohamad menang tanpa bertanding selepas Dr. Streram gagal menyerahkan borang pencalonan pada 5 Mei 2018. – KOSMO! ONLINE