fbpx

Tiga penjuru di DUN Bandar, Muda hantar calon tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shah (kiri), Armi Azmi (tengah) dan Luqman selepas diumumkan calon DUN Bandar di pusat penamaan calon, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu ke-15.

Selain calon parti tradisi daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut meletakkan calon tunggalnya di Terengganu di DUN tersebut.

MUDA menampilkan Ketua Penerangannya, Luqman Long, 30, bagi menentang penyandang, Ahmad Shah Mohamed, 55, dari Pas.

Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd., 43.

Pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Azmi Awang pada pukul 10.30 pagi hari ini di pusat penamaan calon, Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini.

Terdahulu ketiga-tiga calon menghantar borang pencalonan masing-masing secara berperingkat bermula pukul 9 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahmad Shah menewaskan penyandang sebelum itu, Azan Ismail (PH) dan Toh Seng Cheng (BN) dengan majoriti 2,091 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI