fbpx

Tidak mustahil BN rampas kembali Sijangkang daripada Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Al-Hafizi (kanan) dan Ahmad Yunus Hairi di Pusat Penamaan Calon Sijangkang di Dewan ILP Kuala Langat hari ini.

KUALA LANGAT – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Al-Hafizi Abu Bakar optimis mampu menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang yang sudah tiga penggal dikuasai wakil Pas.

Beliau yang juga anak kelahiran Telok Panglima Garang malahan tidak menolak kemungkinan BN mampu mencipta kejutan besar untuk merampas kerusi tersebut.

“Jika dilihat atas kertas pun, peluang kali ini lebih baik setelah Pakatan Harapan (PH) bersetuju memberi laluan agar BN berdepan menentang Pas,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Al-Hafizi berkata, beliau tidak gentar berhadapan dengan Ahmad Yunus yang dianggap sebagai calon ‘heavyweight’ Perikatan Nasional kerana situasi kali ini jauh berbeza.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dijangka tiada berlaku senario perpecahan undi seperti suasana ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 , bahkan PH beri jaminan kesemua penyokong mereka ‘solid’ kepada BN,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau melihat ada angin perubahan melanda Sijangkang lebih setahun lalu apabila ramai penduduk merungut mengenai wakil Pas yang gagal berkhidmat dengan baik terutama dalam menangani isu banjir besar berlaku di kawasan itu.

Situasi berkenaan jelasnya, menyebabkan rakyat Sijangkang mula kembali ‘merindui’ BN yang dilihat lebih cakna dan aktif dalam membantu masyarakat tanpa mengira masa.

DUN Sijangkang menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Mohd. Al-Hafizi dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi mewakili Pas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI