fbpx

Sanusi bertembung satu lawan satu dengan calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (kanan) bertembung satu lawan satu dengan Muhammad Khizri dari BN pada PRN ini. -Foto oleh SHAHIR NOORDIN

SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) merupakan penyandang kerusi tersebut.

Muhammad Khizri adalah Ketua UMNO Bahagian Sik.

Pengumuman nama mereka dilakukan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Jeneri, Muhamad Suhaimi Man di Pusat Penamaan Calon Pejabat Daerah dan Tanah Sik.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Muhammad Sanusi menang di kerusi itu mengatasi calon BN yang juga penyandang terdahulu, Mahdzir Abd. Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

Sementara itu, pertembungan dua penjuru turut berlaku di DUN Belantek apabila calon PN, Ahmad Sulaiman akan menentang calon PH, Mazli Saipi.

Penyandang kerusi itu, Datuk Mohd. Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu selepas beliau menang dengan majoriti 2,574 undi mengatasi calon BN, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dan calon PH, Abdul Rashid Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI