fbpx

Saintis ‘hidupkan’ semula cacing beku 46,000 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej imbasan mikroskop menunjukkan salah satu cacing purba dikenali sebgai nematodes (kiri) dan berada dalam tanah sejk beku selama 46,000 di Siberia. - Foto INSTITUTE OF PHYSICOCHEMICAL AND BIOLOGICAL PROBLEMS IN SOIL SCIENCE RAS/GETTY IMAGES

MOSCOW – Sekumpulan saintis ‘menghidupkan’ semula seekor cacing bulat yang berada dalam keadaan beku sejak 46,000 tahun lalu semasa zaman gajah mamut berbulu, harimau bertaring tajam dan rusa gergasi berkeliaran di Bumi, lapor portal berita CNN semalam.

Haiwan daripada spesies tidak diketahui itu terselamat 40 meter di bawah permukaan beku di kawasan permafrost Siberia.

Ia berada dalam keadaan tidak aktif dikenali sebagai cryptobiosis, demikian menurut Profesor Emeritus Teymuras Kurzchali daripada Institut Biologi dan Genetik Sel Molekul Max Planck.

Beliau ialah salah seorang saintis yang terlibat dalam penyelidikan tersebut.

Organisma dalam keadaan cryptobiosis boleh bertahan tanpa air atau oksigen di samping dalam persekitaran suhu tinggi, beku atau masin.

Cacing itu dikatakan berada dalam fasa di antara kematian dan kehidupan, di mana kadar metabolismenya menurun pada tahap yang tidak dapat dikesan, jelas Kurzchalia.

“Ia boleh menghentikan kehidupan dan kemudian memulakannya dari awal. Ini penemuan utama,” katanya sambil menambah, organisma lain yang sebelum ini dihidupkan semula dari kawasan itu berasal dari tempoh beberapa dekad sahaja dan bukannya beribu-ribu  tahun.

Lima tahun lalu, beberapa saintis menemui dua spesies cacing gelang di permafrost Siberia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI