fbpx

PRN: Suasana di pusat penamaan calon Tasek Gelugor terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fauzi (tiga dari kanan) tiba bersama Azmi Alang (tiga dari kiri) dan Mohd Sobri (dua dari kanan) di pekarangan Pusat Penamaan Calon Institut Kemahiran Mara (IKM), Tasek Gelugor, hari ini.

SEBARANG PERAI – Proses penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Permatang Berangan dan Telok Ayer Tawar berjalan lancar pagi ini.

Tinjauan Kosmo! di Pusat Penamaan Calon Dewan Perdana Institut Kemahiran Mara (IKM) dekat Tasek Gelugor, di sini sejak jam 7.45 pagi tadi mendapati rata-rata penyokong parti dilihat mematuhi undang-undang seperti yang telah disarankan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa.

Keadaan trafik di hadapan Jalan Ara Kuda juga didapati terkawal dengan kehadiran petugas keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal ketat aliran keluar masuk trafik di hadapan institut berkenaan sejak 7 pagi.

Calon Pas dari parti Perikatan Nasional (PN) yang merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof kelihatan segak berbaju Melayu hijau dan bersampin tiba di pekarangan IKM kira-kira 8.30 minit sambil diiringi Ketua Bahagian Bersatu Tasek Gelugor Azmi Alang yang juga calon bagi DUN Telok Ayer Tawar serta calon DUN Permatang Berangan Mohd Sobri Saleh (Pas).

Calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Dr. Shaikh Hussein Mydin (BN) pula tiba di pekarangan IKM sekitar pukul 8.45 pagi diiringi calon DUN Permatang Berangan Nor Hafizah Othman dan calon DUN Telok Ayer Tawar Abdul Mohsein Mohd Shariff (PKR).

Terdahulu pusat penamaan calon tersebut dibuka pada jam 8.55 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Sungai Dua berjaya dipertahankan oleh penyandangnya Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor dari parti BN yang berjaya meraih undi sebanyak 7,314 ketika menentang Zahadi Mohd atau Cikgu Hadi dari parti PAS yang mendapat 5,380 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,934.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI