fbpx

PRN: Satees diiringi 50 penyokong bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satees (tengah) diiringi pencadang tiba di pusat penamaan calon hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Turut mengiringinya lebih 50 penyokong yang berarak ke Dataran Pemuda Merdeka sambil melaungkan kata-kata semangat.

Beliau yang mengumumkan keluar daripada DAP semalam bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN-15) sekali gus mempertahankan kerusi yang disandangnya pada penggal lalu.

Satees antara tujuh ADUN DAP Pulau Pinang yang digugurkan daripada bertanding pada PRN kali ini.

Selain Satees, tiga calon yang bertanding bagi DUN Bagan Dalam ialah K.Jayaraman (DHPP), K. Kumaran (DAP) dan S. Rajasakanan (Bebas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI