fbpx

PRN: Pertembungan rakan sekampung antara Bibi Sharliza dan Eddin Syazlee di DUN Juasseh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Juasseh, Ir. Shirin Idora Mahmod (tiga dari kiri) selepas mengumumkan calon di Dewan Hadhari, Kuala Pilah, hari ini.

KUALA PILAH – Pertembungan dua penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh antara calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid dan Datuk Eddin Syazlee Shith dari Perikatan Nasional (PN) pada proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee, berkata, beliau seronok bertanding bersama orang kampung dan percaya itu satu persaingan yang sihat.

“Saya mengenali calon BN yang merupakan rakan satu kampung dan selalu berjumpa di kenduri-kendara. Kita sahabat tapi apa boleh buat masing masing ada tanggungjawab pada parti masing-masing.

“Saya berharap semoga ini tidak menjadikan hubungan persahabatan ini orang kata menjadi tidak baik selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas proses penaaman calon DUN Juasseh di Dewan Hadhari di sini hari ini.

Tambahnya, beliau berharap kedua-dua pihak dapat terima dan yang penting ialah untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya berharap tiada isu isu bersifat peribadi samada di pihak saya ataupun beliau. Kita kempen secara sihat dan kita tawarkan apa yang kita nak beri pada rakyat,” tambahnya.

Bagi Bibi Sharliza pula yang juga Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan, berkata, walaupun rakan sekampung tentulah kempennya berlainan kerana berlainan parti.

“Saya BN, dia PN. Sekampung ini bagus jadi dapat melahirkan pemimpin yang akan membawa kepada kejayaan DUN Juasseh.

“Eddin pangkat adik kepada saya. Saya tua dari dia. Saling mengenali, kakak dia sama sekolah dengan saya keluarga dia duduk berhampiran dengan rumah saya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 DUN Juasseh disandang oleh Datuk Ismail Lasim selepas menang dengan mendapat 4,146 undian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI