fbpx

PRN: Pertembungan dua penjuru di DUN Pedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir.

KUALA NERANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencabar penyandang, Mohd. Radzi Md. Amin dari Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan dua penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Mahdzir berkata, momentum sebelum penamaan calon menampakkan sokongan positif rakyat setempat di kawasan itu sekali gus memberi keyakinan kepadanya untuk kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat di situ.

“Nampak ada trend positif untuk BN dan Pakatan Harapan (PH) tidak hanya di Pedu, malah seluruh Kedah. Saya fikir pengundi di DUN Pedu boleh fikirkan sebaik-baiknya apa perkara yang mampu membawa kebaikan buat mereka.

“Pertimbangannya adalah kebaikan untuk masa depan dan bukan emosi yang pada akhirnya boleh memberi kesan kepada kehidupan masyarakat setempat. Saya fikir masyarakat di sini bijak untuk menilai.

“Saya bermula sebagai wakil rakyat di DUN Pedu dan pada masa itu saya merupakan calon bukan pilihan, juga bertanding melawan Pas. Kali ini situasinya hampir sama dan saya yakin pengundi akan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sini, sekali lagi ” katanya.

Pada PRU14, Mohd. Radzi memenangi DUN Pedu menewaskan calon BN, Kama Noriah Ibrahim serta Hashim Idris dari PKR dengan majoriti 670 undi

Seramai 28,586 pemilih layak mengundi di DUN Pedu melibatkan 51 saliran dengan Pengesahan pencalonan kedua-dua calon tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Iman Hazwan Abd. Halim kira-kira 10.30 pagi.

Dalam pada itu Mohd. Radzi berkata, beliau tidak rasa gentar untuk berdepan dengan calon yang dianggap ‘heavy weight’ dari pihak lawan.

Menurutnya, walaupun cuma menang dengan majoriti 670 undi pada 2014, beliau yakin dapat terus mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI