KEMAMAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said tiba di perkarangan Dewan Sivik Kijal di sini pada pukul 8.30 pagi.
Beliau yang merupakan penyandang kerusi DUN Kijal sejak tahun 1990 bersama lebih 3,000 penyokongnya berarak sambil berselawat hampir satu kilometer menuju ke pusat penamaan calon.
Sementara itu, pencabarnya, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris pula bersama lebih 1,000 penyokongnya tiba pada pukul 8.40 pagi.
Turut mengiring Razali ialah Hazri Jusoh, yang merupakan calon PAS DUN Kijal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penyokong BN dan Perikatan Nasional dilihat saling membalas laungan zikir dan takbir sementara menunggu calon masing-masing menyerahkan borang pencalonan. – KOSMO! ONLINE