fbpx

PRN: Mohd. Shaid tarik diri saat akhir tandingi DUN Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shaid ketika menemui Tun Mahathir.

KUALA SELANGOR – Hasrat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli bertanding semula tidak kesampaian apabila menarik diri pada saat akhir.

Ia berikutan wakilnya didapati beredar tanpa menghantar borang pencalonan di pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Mohd. Shaid berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat bekas Perdana Menteri yang juga negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya datang ke Langkawi kerana mahu mendapatkan restu Tun untuk bertanding Di Dun Jeram. Namun, Tun menasihatkan saya sabar sedikit demi penyatuan orang Melayu dan mempunyai agenda lebih besar termasuk menyelamatkan tanah air ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memohon maaf dan beterima kasih kepada penyokongnya yang hadir di pusat penamaan pagi tadi.

“Saya berprisip terus kekal setia dan taat kepada nasihat Tun dan berdoa akan ada peluang pada masa akan datang untuk berkhidmat kepada rakyat DUN Jeram,” katanya.

Kerusi DUN Jeram sah ditandingi Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang menentang bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI