fbpx

PRN: Izat Bukhary ‘pen’ tak serik, bertanding pilihan raya buat kali ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izat Bukhary (tengah) menunjukkan pen sebagai simbolik logo yang akan digunakan olehnya pada PRN selepas menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas DUN Kota Lama di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu hari ini. -Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Bekas pensyarah bidang arkitek, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 56, sekali lagi bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas hanya memperoleh 91 undi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penyertaan beliau atau dikenali sebagai Izat Bukhary ‘pen’ sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada PRN kali ini menyaksikan beliau bertanding buat kali ketujuh apabila pernah tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) dan empat PRN sebelum ini

Menurutnya, dia tidak pernah berputus asa dan akan meneruskan perjuangannya menegakkan kebenaran sepanjang 11 tahun menyertai bidang politik.

“Saya memerlukan sokongan semua pihak dan turur berterima kasih kepada penyokong yang datang memberi sokongan.

“Sebagai anak jati di DUN Kota Lama, saya tahu selok belok dan keinginan penduduk di sini. Mereka mahukan perubahan selepas 33 tahun Pas memerintah Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon bagi PRN Kelantan di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Izat Bukhary pernah bertanding sebanyak dua kali masing-masing di DUN Kota Lama dan DUN Pengkalan Kubor.

Beliau juga bertanding sekali di Parlimen Kota Bharu, Parlimen Kuala Kangsar dan DUN Chempaka.

Mengulas lanjut, meskipun umum mengetahui Pas akan menang dan menjadi pilihan rakyat di Kelantan, dia tetap memperjuangkan misinya untuk menegakkan kebenaran.

“Ada pihak yang mengajak saya menyertai parti mereka, namun saya tetap kekal dengan usaha, perjuangan dan pendirian saya sendiri tanpa menyertai mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu berjanji macam-macam demi mendapatkan sokongan, sebaliknya saya akan melaksanakan perkara yang sepatutnya dan meninggalkan apa yang dilarang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI