fbpx

PRN: Empat calon bersaing rebut DUN Bagan Dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumaran (dari kiri) Jayaraman, Satees dan Rajasakanan bakal bersaing merebut kerusi DUN Bagan Dalam dalam PRN-15. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon DAP, Perikatan Nasional (PN), Penang Front Party (PFP) dan Bebas.

Mereka ialah K. Kumaran (DAP), K.Jayaraman (DHPP-PN), S. Rajasakanan (PFP) dan M Satees daripada (Bebas).

Bagi DUN Sungai Puyu, persaingan dua penjuru sengit antara calon DAP, Phee Syn Tze dan wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP-PN), Andrew Teo Chin Siang.

DUN Bagan Jermal turut menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon DAP, Chee Yeeh Keen dan wakil PN, Ong Chuan Jin (Bersatu-Bersekutu).

Proses penamaan calon di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini berjalan lancar dengan kumpulan penyokong parti mula berkumpul seawal pukul 7.30 pagi.

Tiada sebarang insiden mahupun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dilaporkan sepanjang proses penamaan calon berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI