fbpx

PRN: Dua penjuru DUN Jeram, Bukit Melawati, tiga di Ijok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jahaya (dua kanan) dan Harrison (dua kiri) selepas diumumkan sebagai calon bagi DUN Jeram hari ini

KUALA SELANGOR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram dan Bukit Melawati menyaksikan pertembungan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

DUN Ijok pula membabitkan saingan tiga antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Kerusi DUN Jeram sah ditandingi Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang menentang bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan.

DUN Bukit Melawati pula melibatkan calon dari PH, Thiban Subramaniam dan calon PN, Noorazley Yahya.

Bagi DUN Ijok, saingan tiga penjuru melibatkan calon PH, Amidi Abdul Manan; Jefri Mejan (PN) dan Tan Cat Keong (Bebas). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI