fbpx

PRN: Cubaan menaikkan dron digagalkan pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menegur seorang lelaki yang cuba menaikkan dron pada hari penamaan calon DUN Ajil di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pihak berkuasa berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki yang mahu menaikkan dron tanpa permit sah pada hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan sedang membuat persiapan menerbangkan dronnya sebelum ditegur anggota polis bertugas.

Dia akur mengemas semula peralatan itu setelah diberi amaran oleh pihak berkuasa memandangkan penggunaan dron tanpa kebenaran pada hari penamaan calon merupakan satu kesalahan.

Dalam pada itu, kerusi DUN Ajil menyaksikan pertembungan dua penjuru antara penyandang, Maliaman Kassim mewakili Pas dengan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari dari Barisan Nasional (BN).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri N24 Ajil, Yusaini Amir Mohamad Nor mengumumkan dua calon tersebut pada pukul 10.25 pagi semalam di pusat penamaan calon, Dewan Sivik Ajil di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Maliaman Kassim mencipta kejutan setelah menang di kerusi DUN Ajil dengan majoriti empat undi.

Beliau memperoleh jumlah undi 8,132 undian sekaligus menewaskan penyandang, Dr. Ghazali Taib dari BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI