fbpx

PRN: Annuar Musa mahu DUN Kok Lanas jadi milik PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (duduk, dua dari kiri) selepas menunaikan solat hajat bersama-sama calon PRN di luar Dewan Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas menjadi milik Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Annuar berkata, pihaknya yakin rakyat di kawasan Parlimen Ketereh memahami perjuangan dan akan bersama-sama dengannya.

“Ya, dulu masa saya bersama UMNO, memang Kok Lanas milik UMNO berpenggal-penggal. Sekarang ini, saya akan pastikan Kok Lanas dapat kepada PN.

“Rakyat di Parlimen Ketereh ini faham perjuangan saya. Jadi, saya akan mengajak mereka untuk bersama saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Ketereh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, kehadirannya adalah memberikan sokongan secara peribadi dan tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang bertanding.

Katanya, soal tidak dicalonkan bukan isu utama memandangkan matlamat dan agenda besarnya adalah bukan untuk berebut menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Seperti yang saya maklum sebelum ini, saya sepatutnya dijadikan pilihan terakhir kerana dalam parti perlu ada penggantian. Mereka yang muda perlu diberi peluang dan yang lama bertindak sebagai pemandu.

“Agenda kita bukan untuk berebut menjadi ADUN, sebaliknya untuk membetulkan politik negara yang kelihatan songsang, kerajaan yang tidak berprestasi dan tidak memberi keyakinan kepada rakyat, “katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI