fbpx

PRN: Ahmad Zahid yakin dua negeri ‘swing back’ kepada BN-PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya, Parti-Parti Komponen Kerajaan Perpaduan di Bangunan UMNO, Kota Bharu hari ini. -Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi di dua daripada tiga negeri yang sebelum ini diperintah Pas akan membuat pusingan atau ‘swing back’ dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, Pas dan BN sebelum ini pernah memerintah di Terengganu dan beliau meluahman keyakinan BN bersama PH akan merampas semula pimpinan negeri tersebut.

“Keadaan sama berlaku di Kedah. Insya-Allah, dua negeri ini akan ‘swing back’. Cuma, Kelantan sahaja bukan negeri yang ‘swing’ kerana ia sebuah negeri yang sangat taksub kepada parti politik.

“Jangan beri harapan kepada pengundi dan menjanjikan syurga. Yang memberi janji itu pun bukan tentu masuk syurga. Jadi, aspek duniawi dan ukhrawi perlu diambil kira,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya, Parti-Parti Komponen Kerajaan Perpaduan di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sehubungan itu, kerajaan yang memerintah Kelantan sebelum inu diharap tidak memberikan janji dan harapan kepada pengundi dia negeri ini.

Menurutnya, paling penting adalah pembangunan perlu dibawa ke Kelantan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI