fbpx

Pelajar terharu, ibu minta guru buat kejutan hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejutan sambutan hari lahir murid tersebut.

PETALING JAYA – Biarpun jarak memisahkan mereka, namun ia tidak menghalang seorang ibu untuk mengukir senyuman manis buat anak pada hari kelahirannya.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik @cikgufifiaisya, ibu pelajar tersebut meminta pertolongan guru kelas anaknya serta memindahkan sejumlah wang untuk membeli kek dan hadiah.

Difahamkan, pelajar tersebut tidak tinggal sebumbung dengan ibunya kerana tuntutan kerja.

“Mak dia kerja dekat bandar, dia duduk dengan nenek di kampung. Semalam mak dia transfer (pindahkan) duit minta tolong cikgu buatkan surprise (kejutan) untuk dia,” katanya.

Tambahnya, pelajar itu menangis teresak-esak selepas memotong kek dek kerana terharu dengan perbuatan murni guru dan rakan-rakan sekelasnya itu.

“Cikgu tak boleh tengok anak murid cikgu emosi macam ini. Suara cikgu pun bergetar,” jelasnya.

Setakat ini, video perkongsian tersebut meraih hampir 100,000 tontonan, 8,103 tanda suka dan 250 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen juga mendapati rata-rata orang ramai turut terharu dan berkongsi rasa sedih. Malah ada juga yang menitipkan ucapan hari lahir buat pelajar tersebut.

“Ternangis pula, saya kagum dengan mak dia yang ada usaha untuk buat kejutan biarpun jauh dari si anak,” tulis Jussica.

“Selamat hari lahir adik, semoga membesar dengan jaya, menjadi manusia hebat supaya emak awak dah tak perlu kerja jauh suatu hari nanti,” kata Che Faz. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI