fbpx

Muhyiddin yakin PN rampas Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

GOMBAK – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin PN mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor pada 12 Ogos ini.

Beliau berkata, PN turut meletakkan sasaran untuk merampas Pulau Pinang dan Negeri Sembilan selain mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam PRN kali ini.

“Insya-Allah. Anda pun boleh lihat sendiri. Sokongan orang ramai dan bilangan yang datang ke perhimpunan dan ceramah kami. Ini indikasi yang kuat rakyat mahukan perubahan.

“Mahu sesuatu yang lebih baik berbanding sekarang. Menangani peningkatan kos sara hidup. Mereka masih belum dapat lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim buat apa dia kata mahu lakukan.

“Isunya ekonomi tidak baik, kutipan cukai menurun, kehidupan semakin sukar. Ini semua menyebabkan perasaan marah dan putus asa,” katanya kepada pemberita semasa mengiringi calon PN di Pusat Penamaan Calon SMK Sungai Pusu dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI