fbpx

Mohamad Rafie sah bertanding bebas di DUN Ampangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rafie di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES).

SEREMBAN – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab. Malek membuat kejutan bertanding sebagai calon bebas di DUN Ampangan pada Hari Penamaan Calon di sini hari ini.

Beliau yang memakai baju Melayu tiba bersama kira-kira 50 penyokongnya yang melaungkan ‘Datuk Rafie bebas’ di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) pada pukul 8.50 pagi.

Isterinya, Datin Salina Shamsuddin turut hadir memberikan sokongan.

Beliau bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak diumumkan sebagai calon PKR di kawasan tersebut.

DUN Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Mohamad Rafie akan disaingi oleh calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Ketua Wanita PKR Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan calon Perikatan Nasional, Ketua Bersatu Cawangan Gedong Lalang, Muhammad Ghazali Zainal Abidin (PN).

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Ampangan, Zul Fadhli Abd Aziz sebentar tadi di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) pada pukul 10.30 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Mohamad Rafie menang di kerusi DUN Ampangan dengan majoriti 1,360 undi menewaskan dua orang pencabar lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI