fbpx

Mandy hadiahkan pingat pertama negara di Universiade Chengdu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANDY meraih pingat gangsa menerusi acara tajiquan di Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China. - Gambar ihsan KPT.

CHENGDU, China – Kontinjen Malaysia membuka kempen Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu dengan langkah kanan sebaik tirai rasmi acara bermula hari ini selepas atlet wushu negara, Mandy Cebelle Chen berjaya menjelmakan pingat gangsa dalam acara taijiquan wanita.

Dalam saingan tersebut, Mandy berjaya memungut 9.633 mata sekali gus melegakan kem wushu negara biarpun saingan itu dikuasai pasukan tuan rumah dari China menerusi Chen Xiaoli yang meraih emas dengan mata 9.783. Pingat perak menjadi milik atlet dari Jepun, Rise Shoji selepas mengumpul 9.680 mata.

Kejayaan Mandy menebus kehampaan jaguh wushu negara, Calvin Lee Wai Leong yang gagal menerusi acara nanquan lelaki pada acara pembukaan wushu hari ini. Calvin yang juga merupakan pemenang pingat perak ketika temasya Universiade Taiwan 2017 memungut 9.333 mata untuk menduduki tempat keenam keseluruhan.

China terus melakukan kejutan apabila mengondol emas menerusi Cao Maoyuan dengan 9.770 mata diikuti Lau Chi Lung dari Hong Kong pingat perak dengan 9.570 mata manakala gangsa milik Shahin Banitalebi dari Iran dengan 9.566 mata.

Sandaran Malaysia kepada Ang Qi Yue juga tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ketujuh menerusi acara changquan lelaki dengan mata 9.523 dan China sekali lagi cemerlang apabila menyapu pingat emas acara ini menerusi Jin Zhi Dian yang mendapat 9.723 mata.

Juara dunia dari Indonesia, Marvel Edgar Xavier mendapat perak dengan 9.716 mata manakala Chen Yue Xi dari Taiwan meraih pingat gangsa dengan 9.706 mata.

Sementara itu, cabaran Malaysia menerusi acara menembak 10 meter Air Pistol Wanita juga berakhir hari ini apabila skuad menembak dibarisi Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin, Anis Ayuni Ahmad Khairi dan Dina Batrisyia Adi Azhar menduduki tempat ke-5 daripada 12 pasukan.

Ketiga-tiga penembak juga gagal untuk berada pada kedudukan terbaik dalam acara individu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI